Kami bersedia untuk membantu syarikat-syarikat untuk mebangunkan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan akses pasaran di samping mengurangkan risiko yang mungkin timbul daripada globalisasi dan perkembangan perdagangan antarabangsa.
Kebolehan dan kemampuan kami untuk mereka bentuk strategi dalam menyelesaikan masalah perdagangan dapat dicerminkan melalui perkara-perkara yang kami kendalikan: anti lambakan dan pelbagai kaedah dan peraturan mengenai subsidi; tarif dan halangan; perdagangan dengan negara-negara bukan tariff. Kami mampu membantu anda dalam membuat urusan dengan agensi-agensi kawalan yang berkaitan. Kami turut mampu membantu anda untuk mengenal pasti, memahami dan juga mengurangkan risiko perniagaan yang anda mungkin hadapi termasuklah risiko-risiko luar jangkaan. Kata pepatah, “Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan”.
Kami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut untuk anakguam kami:-
Walaupun amalan perniagaan sentiasa berubah-ubah, kami mampu mereka bentuk struktur perniagaan dan merancang perjanjian yang sesuai mengikut keperluan perniagaan anda. Kami berpengalaman memberi nasihat guaman bagi pelbagai perkara korporat dan komersial seperti penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan, hal ehwal berkaitan kawal selia, pelaburan asing di dalam negara dan luar negara, perbankan dan isu-isu undang-undang kewangan, dan penyelesaian pertikaian alternatif.
Setiap individu memerlukan bantuan peguam pada suatu masa dalam hidup mereka. Kami bersedia untuk melayani keperluan undang-undang anda tanpa perlu rasa bimbang dan pada kos yang berpatutan. Kami bersedia memberikan nasihat undang-undang yang terbaik untuk anda dan kepentingan anda dalam hal tersebut akan menjadi keutamaan kami.
Sejajar dengan perkembangan aktiviti perniagaan di Malaysia dan China, para pelabur dalam negara dan asing amat memerlukan nasihat guaman mengenai lingkungan transaksi korporat, komersial dan kewangan. Oleh demikian, Lee Sok Wah & Co. telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan usaha sama dengan firma undang-undang setempat di China untuk menawarkan nasihat guaman kepada anakguam mengenai aspek undang-undang perniagaan.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...