Undang-undang Keluarga, Probate & Amanah

Keluarga dan Perkahwinan

Perpecahan suatu hubungan boleh memberi kesan kepada emosi dan implikasi yang memerlukan satu set kemahiran yang khas dari segi profesional dan peribadi untuk menanganinya. Penyelesaian yang praktikal adalah penting untuk menjaga kepentingan kanak-kanak and ahli keluarga yang terlibat. Bidang-bidang tumpuan kami seperti berikut:

  • Proses Anak Angkat
  • Pembubaran Perkahwinan
  • Pertikaian Mengenai Hak Jagaan
  • Pengagihan Harta Perkahwinan
  • Perceraian
  • Perintah Pemisahan
  • Tuntutan Nafkah untuk Pasangan dan Kanak-kanak

Probate

Kami bersedia menyediakan nasihat dan dokumentasi tentang penyediaan wasiat bagi aset-aset yang berada di dalam dan/atau di luar negara. Bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka si mati, bidang-bidang tumpuan perkhidmatan kami termasuk:

  • Menyediakan petisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi pengeluaran geran probet atau surat kuasa mentadbir
  • Meterai semula geran probet dan pentadbiran yang diperolehi dari mana-mana negara Komanwel atau yang diberikan oleh Mahkamah British di negara asing
  • Menyediakan bantuan dalam mendapatkan hak pentadbiran berkenaan dengan estet kecil
  • Memberi nasihat kepada wasi dan pentadbir estet berhubungan dengan tugas mereka dari segi undang-undang
  • Memudahkan pembahagian asset kepada benefisiari
  • Pengendalian pertikaian yang berkaitan dengan wasiat/probet yang dipertikaikan

Untuk memahami wasiat dengan lebih mendalam, sila klik di sini.

Pemegang Amanah (Trust)

Terdapat banyak sebab mengapa amanah (trust) diwujudkan. Ia mungkin dimasukkan dalam wasiat seseorang, diwujudkan semasa hayat seseorang bagi tujuan perancangan cukai atau diwujudkan untuk melindungi kepentingan saudara-mara atau kawan-kawan yang kurang upaya.

Kami telah menyediakan nasihat yang pragmatic kepada klien individu dan keluarga mereka selama bertahun-tahun, di mana amanah dijadikan sebagai alternatif kepada atau bersama dengan wasiat.

Go Back to Practice Areas

News & Updates

  • News headline goes here

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...

    read more
  • News headline goes here -1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...

    read more

Get in Touch