Lee Sok Wah & Co. menetapkan standard kemasukan yang tinggi dengan sentiasa mencari individu yang berfikiran kreatif, berupaya mencari pendekatan penyelesaian masalah melalui pelbagai sudut yang berbeza. Dalam setiap bidang amalan kami, anda akan menemui individu-individu yang progresif dan berfikiran komersial, inovatif, professional dengan suasana tempat kerja yang menyeronokkan. Kami menerima permohonan bagi jawatan-jawatan berikut:
Kami mencari individu-individu yang berkaliber tinggi yang akan bermula sebagai Legal Associates yang kemudiannya akan diserap menjadi rakan kongsi kepada Firma ini pada masa hadapan. Andalah yang akan menentukan masa depan anda, umur bukanlah satu faktor selagi mana anda memiliki pengalaman dan kemahiran yang diperlukan anda dialu-alukan untuk menyertai kami.
Pemohon yang berjaya akan dilatih tentang pelbagai aspek undang-undang ini. Kami percaya bahawa pendekatan praktikal adalah lebih penting berbanding sudut teori semata-mata. Ini dapat memberikan gambaran yang lebih baik, jelas dan membolehkan individu tersebut untuk lebih memahami tentang bidang yang diminati dan memilih bidang yang ingin ditumpukan pada masa hadapan.
Kami percaya pendedahan awal akan dapat menyemai minat terhadap profesion undang-undang kepada para graduan yang berminat terhadap kerjaya undang-undang. Calon-calon yang dipilih akan dilatih di Firma ini untuk tempoh tidak kurang dari empat minggu dengan seorang Senior Partner akan ditugaskan sebagai Penyelia dan seorang Legal Associate sebagai mentor untuk membantu anda semasa tempoh latihan tersebut.
Kakitangan sokongan merupakan bahagian yang penting dalam matlamat kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada klient-klient secara kompeten professional. Kami menilai dan menghormati pengetahuan, pengalaman dan semangat berpasukan antara kakitangan-kakitangan kami dan kami sedaya upaya menyediakan suatu tempat kerja yang baik dan merangsangkan kepada semua pekerja-pekerja kami. Jika anda berminat untuk membina kerjaya di sini sebagai Pembantu Pentadbir Tadbir / Setiausaha Undang-Undang, kami sentiasa terbuka menerima permohonan anda.
Hantarkan resume berserta kepala surat kepada info@leesokwah.com.my.
Walaupun amalan perniagaan sentiasa berubah-ubah, kami mampu mereka bentuk struktur perniagaan dan merancang perjanjian yang sesuai mengikut keperluan perniagaan anda. Kami berpengalaman memberi nasihat guaman bagi pelbagai perkara korporat dan komersial seperti penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan, hal ehwal berkaitan kawal selia, pelaburan asing di dalam negara dan luar negara, perbankan dan isu-isu undang-undang kewangan, dan penyelesaian pertikaian alternatif.
Setiap individu memerlukan bantuan peguam pada suatu masa dalam hidup mereka. Kami bersedia untuk melayani keperluan undang-undang anda tanpa perlu rasa bimbang dan pada kos yang berpatutan. Kami bersedia memberikan nasihat undang-undang yang terbaik untuk anda dan kepentingan anda dalam hal tersebut akan menjadi keutamaan kami.
Sejajar dengan perkembangan aktiviti perniagaan di Malaysia dan China, para pelabur dalam negara dan asing amat memerlukan nasihat guaman mengenai lingkungan transaksi korporat, komersial dan kewangan. Oleh demikian, Lee Sok Wah & Co. telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan usaha sama dengan firma undang-undang setempat di China untuk menawarkan nasihat guaman kepada anakguam mengenai aspek undang-undang perniagaan.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...