Kata-Kata Aluan Managing Partner

Selamat datang ke Lee Sok Wah & Co.

Lee Sok Wah & Co adalah sebuah firma guaman yang mempunyai tumpuan strategik, berupaya menberikan perkhidmatan yang terbaik serta mempunyai pengalaman yang luas di Malaysia. Firma guaman ini mempunyai pengalaman di dalam  pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan, korporat, kewangan, penggabungan dan pengambilalihan, kebankrapan dan penyusunan semula struktur organisasi, litigasi, amanah dan estet, buruh dan undang-undang pekerjaan serta transaksi hartanah.

Kami berusaha memberikan perkhidmatan kepada klient kami beserta dengan “nilai tambahan” sebenar perkhidmatan guaman berasaskan kepada kepakaran dan pengalaman. Klient kami menghargai kualiti dan kecekapan kami, dan kami juga turut memberi pandangan yang dapat membantu mereka membuat keputusan penting untuk perniagaan mereka.

Kami menghargai hubungan jangka panjang dan hubungan yang berterusan dengan syarikat, institusi, persatuan perniagaan dan individu-individu yang percaya bahawa kami mampu memberi pandangan dari sudut berbeza melangkaui isu undang-undang, termasuk implikasi perniagaan yang lebih besar secara menyeluruh. Melalui perubahan pesat politik, ekonomi dan undang-undang, klient-klient kami telah menghargai keupayaan kami kerana kami memahami keinginan mereka di samping mampu memberi pendapat untuk memenuhi cabaran yang mereka hadapi.

Kami berikrar bahawa kami akan memberi komitment yang tinggi dan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada klient kami dengan lebih berkesan dan cekap. Kami sentiasa mengkaji semula dan seterusnya meningkatkan standard perkhidmatan kepada klient. Pendekatan kami adalah dinamik dan fleksible dan kami menceburi bidang ini secara menyeluruh dan menggunakan cara yang paling efektif dalam mengendalikan isu-isu yang diberikan oleh klient kami.

Alice Lee Sok Wah
Managing Partner 

 

News & Updates

  • News headline goes here

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...

    read more
  • News headline goes here -1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...

    read more

Get in Touch