PRIVASI

Terima kasih kerana menggunakan portal rasmi Lee Sok Wah & Co. Halaman ini akan menerangkan pernyataan privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan oleh pengguna.

Penggunaan Maklumat

Anda bersetuju bahawa Lee Sok Wah & Co. diberi kebebasan untuk memproses, mendedahkan atau menggunakan maklumat anda selaras dengan Pernyataan Privasi kami. Sila ambil perhatian bahawa apabila kami menerima sebarang arahan daripada anda, anda adalah dianggap telah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi terma-terma Pernyataan Privasi kami.

Ambil Perhatian

Sebarang maklumat anda yang disimpan oleh Lee Sok Wah & Co. adalah sulit. Kami hanya akan mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak lain apabila kami bertindak bagi pihak anda.

Lee Sok Wah & Co. tidak akan mendedahkan sebarang maklumat anda kepada pihak lain kecuali:

(a)  Apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang;

(b)  Apabila ianya perlu untuk berbuat demikian bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda; atau

(c)  Ianya berdasarkan permintaan anda atau dengan persetujuan anda.

Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat anda yang disimpan oleh kami atau untuk membetulkan sebarang maklumat yang tidak tepat. Untuk berbuat demikian, sila hubungi kami secara bertulis di alamat No.8-1, 1st Floor, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia. Anda dengan ini setuju bahawa kami dibenarkan untuk memproses, mendedahkan atau menggunakan sebarang maklumat anda yang kami simpan di sebarang lokasi di Malaysia atau di luar Malaysia untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda.

Sekiranya anda mendedahkan data peribadi atau data peribadi sensitif pekerja-pekerja anda dan/atau ahli keluarga mereka, anda akan dan perlu mendapatkan persetujuan daripada mereka yang sewajarnya supaya sebarang data yang anda berikan kepada kami boleh diproses menurut undang-undang untuk tujuan yag dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini.

Lee Sok Wah & Co. diberi kebebasan untuk menyimpan dokumen-dokumen bagi pihak anda dalam format elektronik atau digital dan kami tidak akan memusnahkan salinan dokumen-dokumen tersebut yang disimpan di dalam cakera keras atau di sebarang sistem lain yang mana data tersebut disimpan bagi tujuan pemulihan bencana sahaja.

Pengubahsuaian Pernyataan Privasi

Pernyataan Privasi di atas mungkin akan dikaji semula pada bila-bila masa, sila semak dari semasa ke semasa.

 

News & Updates

  • News headline goes here

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...

    read more
  • News headline goes here -1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...

    read more

Get in Touch