Alice Lee Sok Wah

Alice Lee Sok Wah

Alice memperoleh Ijazah Undang-Undang (Kepujian) daripada University of London dan kemudiannya telah memperoleh Sijil Amalan Guaman dan diterima masuk sebagai peguam oleh Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1994. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan hal-hal berkaitan undang-undang korporat, tuntutan kewangan, undang-undang buruh, litigasi, pengurusan harta dan amanah, perceraian dan pertikaian melibatkan anak-anak.

Alice mahir berbicara dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu dan merupakan seorang Notari Awam di Kuala Lumpur. Selain daripada itu juga, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan bagi beberapa buah syarikat awam yang disenaraikan di Malaysia pada sekitar tahun 1996-2000. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perdagangan antarabangsa dan pembuatan.

Alice bergiat aktif dalam gerakan badan bukan kerajaan (NGO) dan selalu menjadi tetamu di stesen radio Cina tempatan, siaran television dan aktiviti-aktiviti NGO untuk berkongsi pengetahuan undang-undang beliau kepada orang awam.

Selain daripada itu, Alice juga memegang beberapa jawatan; Presiden (Bahagian Wanita) (2006-2010) di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, Presiden (Bahagian Wanita) (2006-2011) di Persatuan Guangxi Malaysia, Penasihat Undang-Undang kepada Majlis Pergigian Malaysia (2012-2014), Penasihat Undang-Undang kepada The United Lee’s Association Selangor and Kuala Lumpur (2006 hingga sekarang) dan pengasas kepada Women Presidents’ Organisation Chapter Malaysia.

News & Updates

  • News headline goes here

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip...

    read more
  • News headline goes here -1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam...

    read more

Get in Touch